Restaurant, Hajj & Umrah Services
Restoran Nasi Arab Original
Restaurant, Hajj & Umrah Services
Restoran Nasi Arab Original
Restoran Nasi Arab Original
Restoran Nasi Arab Original

Nasi Arab Dapur Bawah Tanah Pertama Di Malaysia Sejak Tahun 2009. Kepakaran kami menyediakan masakan menu Timur Tengah Hadramawt, Yemen, Jordan & Gaza, Palestin yang penuh dengan rasa rempah ratus yang lazat dan berkhasiat dengan harga yang amat berpatutan. Disediakan oleh chef-chef kami yang memang berasal dari negara Timur Tengah, kami akan pastikan anda dapat pengalaman merasai nasi arab original seperti hidangan tradisional arab sejak turun temurun. Hubungi kami untuk sebarang tempahan katering dan majlis keraian termasuk majlis perkahwinan, anda juga boleh dapat maklumat serta lokasi kami di Google.

Kami berpengalaman mengambil khidmat upah atau Badal Haji & Umrah sejak tahun 1994 dan dilaksanakan oleh mutawwif kami yang amanah dan mengikut rukun yang sah. Pakej ini siap dengan sijil dan video bukti melaksanakan ibadah termasuk cenderahati akan disampaikan kepada waris. Kami juga menawarkan khidmat Umrah Private iaitu pakej khas untuk kumpulan kecil yang biasanya 4 hingga 6 orang sahaja, atau satu keluarga. Ia lebih eksklusif, tenang dan tersusun berbanding pakej umrah biasa. Anda akan dibimbing secara peribadi oleh mutawwif kami yang hanya fokus kepada kumpulan anda. Hubungi kami untuk dapatkan pakej terkini.
Bayangkan saat anda sedang menunaikan ibadah di Masjidil Haram…
Tiba-tiba datang seseorang menghulurkan makanan dengan senyuman ikhlas. Hati terasa tenang, perut yang lapar pun terisi, dan doa mengalir tanpa henti buat insan yang bermurah hati. Kini, anda juga boleh menjadi insan itu — walaupun tidak berada di sana. Melalui Program Infaq Makanan Al Hanin, kami menyampaikan makanan kepada para jemaah dan asnaf di Tanah Suci Mekah, terutamanya sekitar Masjidil Haram. Setiap suapan yang mereka nikmati, menjadi pahala yang mengalir buat anda — apatah lagi di bumi barakah yang penuh kemuliaan ini. Jom rebut peluang berinfaq di tempat paling suci di muka bumi Biar makanan yang kita beri, menjadi saksi cinta kita kepada Allah dan umatNya.
Klik WhastApp / hubungi kami untuk menyumbang, atau terus salurkan ke akaun Public Bank 3818377835 Al Hanin Hajj & Umrah Services Sdn. Bhd. (Rujukan: Program Infaq Makanan - Mohon sertakan slip sumbangan anda) Semoga usaha ini memberi manfaat kepada yang lain, insyaAllah.
Bayangkan hidup tanpa air bersih...Setiap hari, saudara kita di pedalaman Kemboja terpaksa berjalan jauh hanya untuk mendapatkan air — yang belum tentu bersih, belum tentu selamat. Anak kecil, warga emas, ibu mengandung… semuanya menanggung derita hanya kerana kekurangan asas kehidupan – air bersih. Al Hanin Hajj & Umrah Services ingin menjadi jambatan kasih antara anda dan mereka. Dengan Program Wakaf Telaga, anda bukan sahaja membekalkan air – anda menyambung nyawa dan mengubah masa depan sebuah komuniti. Jom sertai usaha ini. Jadilah sebab mereka tersenyum hari ini. 1 telaga = 1 kampung diselamatkan. 1 sumbangan = 1 ganjaran pahala yang mengalir tanpa henti. Walau beribu kilometer jauhnya, pahala anda terus mengalir.
Klik WhastApp / hubungi kami untuk menyumbang, atau terus salurkan ke akaun : Public Bank 3818377835 Al Hanin Hajj & Umrah Services Sdn. Bhd. (Rujukan: Program Wakaf Telaga - Mohon sertakan slip sumbangan anda) Wakaf 1 nama : RM200 atau 1 telaga : RM2000.

























Boleh terus hubungi kami melalui Phone atau WhatsApp, kami akan memberi maklum balas secepat mungkin insyaAllah.
Open today | 10:00 am – 10:00 pm |
